Assalamualaikum wbt ! Helo ! Blog ni kisah kitorang semua ! Sila baca dengan tenang , oke ! Toodles ~

matrikulasi :)




wah wah wahhh.. Trial SPM pun tak lepas lagi dah nak cerita pasal life after SPM pulak ye.. hahaa. Takpa. Takda salahnya pun.. Kita memang kena prepare awal2 pun.. Kalau tak, orang dah masuk university.. Yang kau ni dok ternganga je tak taw nak pi mana.. Hee.

As you guys dah taw, borang permohonan ke matrix dah keluar beberapa minggu yang lalu.. So, ni cek nak habaq mai pasai cara2 nak isi borang dia nih.. Pasai apa cek sanggup tulis panjang2, dok baziaq masa nak habaq kat hangpa ni?? Pasai kat kelas tadi Waleed(pengetua) cakap pasal permohonan matrix.. and kengkawan ku yang budiman nampak macam blur and clueless je tentang cara2 nya.. *wah. ayat kau jah!* Jadi secara automatiknya, aku yang budiman ni pun ingin menerangkan step-by-step nye.. T_T"

Watch and learn..

Langkah 1:
Pergi ke BSN untuk mendapatkan pin code borang anda. Anda perlu membayar sebanyak RM6 sahaja.

Langkah 2:
Pergi ke laman web ini  ->  http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/  kemudian klik "Borang Permohon Melalui Internet (PMI)". Sebelum itu, klik "Panduan Mengisi Borang" untuk mendapatkan panduan mengisi laa.. hehee

Langkah 3:
Baca betul2 arahan dan isi borang dengan tepat. Peringatan! Page tersebut jangan tinggal lama2, nanti dia akan hilang dengan sendiri dan anda perlu mengisinya semula berulang-ulang kali. (aku dah terkena dah. kena isi 4 kali kott..)

Langkah 4:
Semak betul2 borang yang telah diisikan.. Pastikan tiada kesalahan. Kemudian klik "Hantar".

Langkah 5:
Anda disyorkan untuk mem-PRINT-kan data tersebut untuk keselamatan kerana anda akan diberikan nombor siri kepunyaan anda..

Langkah 6:
Log out dengan selamat :)


PERINGATAN! JANGAN HILANGKAN PIN CODE ANDA (sebab nanti nak kemaskini data kita) DAN PRINT DATA TADI!!! 

Try je apply.. Kalau taknak tolak lah.. Tak rugi pun.. heheheee

Sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan soalan tu diruang comment ni atau hubungi kami di Twitter @FarhahSafiyyah <- sebab dia sorang je yang dah isi.. Hikhikk.. aku lah tuu.. Peace.















No comments: